Showing posts with label loved ones. Show all posts
Showing posts with label loved ones. Show all posts

Friday, March 12, 2010

The date i wont forget..

Tanggal 8 March 2008, kami pulang ke Kelantan kerana waktu itu hari mengundi dan hubby ingin menunaikan kewajipan nya..Kami berada selama 2 hari di sana.Setelah selesai semuanya, kami pulang semula ke Pasir Gudang ,Johor (waktu itu hubby keje di sana)..ayah dah ma (ibubapa mertua saya) ingin turut sama ke Johor..Perjalanan dari Kelantan ke Johor mengambil masa selama 9-10 jam. Kami suka bila ayah dan ma berada di rumah kami,kami plan macam-macam aktiviti untuk mereka.Cadang nya mahu ke Singapore pada hari Sabtu.Waktu itu Nana belom ada passport, jadi pada hari Rabu pagi saya dan suami pegi la ke imigresen..saya ajak ayah pergi sekali,pada mula nya dia nak ikut, tapi bila ma tidak mahu ikut ayah pun tak jadi nak pegi..Ayah ada kirim tiket keretapi pada kami, katanya mahu pulang hari minggu tu lalu di beri ic nye kepada kami, buleh dapat diskaun katanye.



Petang itu, saya tengok ayah bukan main lagi bergurau bersama Neesa dan Nana..Bersungguh-sungguh dia main 'geli-geli' atau geletek dengan cucu nya..Wajah nya sangat gembira saat itu. Petang tu... sepulangnya hubby dari kerja, hubby nak bagi balik ic kepada ayah..ayah seakan-akan tidak ingat..dia lupa..tiba-tiba saje ayah jadi pelupa..Macam-macam yang di tanya nya..hari ni hari ape?pukul berapa ni? apa ni (ic tu) ?kenapa ic buleh ada dekat mud?..dan macam-macam lagi soalan..Hubby pulak berasa sedikit lucu kerana dia ingat ayah main-main..dia gelak,tapi saya rasa macam ada yang tak kena..Saya tanya ma, selalu ke ayah macamni..ma kata tidak.



Ayah tiba-tiba tidak tahu arah tuju untuk ke bilik air atau ke bilik tido nya. Saya pimpin ayah ke dapur untuk membasuh tangan nye,dia baru lepas makan ketam masak lemak cili api yang ma masak..Lepas tu saya tanya ayah nak pegi klinik tak sebab dia kata kepala dia pening.Ayah kata tak perlu, dia hanya mahu tido, mungkin lepas itu dia tidak sakit lagi..Tapi ayah tetap tanya macam-macam soalan kenapa dia ada kat sini dan etc..



Malam itu, ma kata ayah muntah-muntah dan buang air banyak sekali..Ma tidak tido malam tu sebab ayah pun tidak boleh tido,ayah seperti gelisah tapi ayah tidak mengeluh..Ma sentiasa bisik kan dekat telinga ayah suruh mengucap , ingat Allah..Hati seorang isteri seperti dapat merasakan sesuatu..



Tiba-tiba jam 4 atau 5 pagi ma mengejutkan kami dari tido..Dengan pantas kami menuju ke bilik mereka.Ayah kelihatan terbaring tapi masih bergerak..Saya menyuruh hubby cepat-cepat siap untuk bawa ayah ke klinik..Hubby seperti resah, di telefon nye semua adik beradik nya menceritakan keadaan ketika itu..Ma kelihatan setia di sisi ayah..Saya pun duduk di tepi ayah memanggil-manggil nama nya, namun tidak dibalasnya. Lutut saya menggigil ketika ma kata ayah sudah tiada lagi..Ya Allah, tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu..Hubby cepat-cepat telefon ambulance..Saya meyakinkan mereka yang ayah hanya pengsan..tapi ma tetap kata ayah sudah tiada..Hubby menangis di sisi ayah sambil memanggil-manggil ayah..Saya jadi sebak dan terkedu..



Apabila ambulance sampai, jururawat terus memeriksa nadi ayah dan dia mengesahkan..sayang nya ayah telah pergi meninggalkan kami semua..Ayah pergi meninggalkan segala segalanya di dunia ini..Mungkin ajal ayah di sini,di rumah anak bongsu lelaki nya..kami redha..Hubby lah yang telah menguruskan segala urusan jenazah, di mandikan, dikafankan dan di sembahyangkan di masjid di Pasir Gudang..Kami membawa pulang jenazah ke Kelantan dan sesampainya di sana kami disambut dengan ramai orang..kaum keluarga dan sahabat handai..Jenazah selamat dikebumikan malam itu juga di Kota Baru.. Semoga roh arwah ayah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-fatihah..


Tarikh 12 March 2008, tarikh yang tak mungkin kami lupakan.. Pejam celik pejam celik, sudah 2 tahun ayah meninggalkan kami semua..bagi saya pula, tidak puas rasanya mengenali arwah ayah,saya hanya sempat 3 tahun bersamanya :(...




Gambar arwah ayah bersama neesa 4 hari sebelum ayah pergi buat selama-lama nya..
Related Posts with Thumbnails