Tuesday, December 1, 2009

Jodoh, Ajal dan Maut di tangan Tuhan..

Last week,kitorang attend our frens wedding at Ipoh.Dua2 pengantin kawan kitorang,the groom is my hubbys good fren,and the bride belajar tempat sama ngan saya masa kat Uitm dulu. Pendek kata memang kitorang kenal rapat ngan both pengantin.Inilah dinamakan jodoh...

On 21st November,Iz n Gjo selamat dinikahkan dengan sekali lafaz je..Alhamdulillah..Ramai teman-teman rapat datang untuk meraikan mereka..

Iz n Gjo

Upacara batal air sembahyang :)


On 22nd November pulak kenduri sanding diadakan..Sangat meriah,pelamin sume cantik..Saya sempat berjumpa dengan ibu pengantin perempuan sambil mengucapkan tahniah kerana baru terima menantu..Actually both pengantin ni anak bongsu so memang manja la dorang ni..Kira last one in the family yang kawen..


Bergambar dengan pengantin

Semoga kekal hingga hujung nyawa guys!

Sepatutnya, kenduri belah pengantin lelaki diadakan pada 29th November di Tanah Merah Kelantan..Tetapi sesuatu yang menyayat hati telah berlaku..

Pada hari Sabtu 28th November,pengantin perempuan n family telah berkonvoi ke Kelantan untuk menghadiri majlis pada esok hari..Sebanyak 5 buah kereta semuanya..Malang tidak berbau apabila kereta yang dipandu oleh pakcik saudara Iz telah dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.Kejadian berlaku beberapa km dari Tasik Banding..Dalam kejadian itu,telah meragut nyawa KEDUA IBU BAPA pengantin perempuan..Innalillah hi wainnalillah hirajiuun..

Sungguh dashyat dugaan yang ditimpa Iz dan keluarga,sekelip mata meragut nyawa kedua ibubapa mereka.Saya telah menerima panggilan dari teman rapat beberapa minit lepas kejadian..Memang menyedihkan hingga tak terkata..

Jenazah kedua ibubapa Iz selamat di kebumikan keesokan harinya.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.

Kami sempat singgah di Ipoh untuk berjumpa dengan Iz..Saya tidak dapat menahan kesedihan saya bila saya peluk Iz..hanya Tuhan yang mengetahui isi hati nya..Di hari yang bahagia bertukar kepada tragedi..Tapi semua ni adalah takdir Allah S.W.T. Saya harap Iz tabah, cekal menerima nya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

Inilah dinamakan..Jodoh,Ajal dan Maut di tangan Tuhan..

16 comments:

Zaila Mohamad said...

owh..memang sedih..semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini..

*gorjesmum* said...

zaila:

yup..mmg sedih sgt..

Pink Mama said...

alahai sebaklah pulak...

Fynnaz said...

Ya Allah sedihnya.

Alhamdulillah parents dia sempat serahkan dia pada penjaga seterusnya iaitu suami dia.

*gorjesmum* said...

pink mama:

itu la..takpe kita sedekah al-fatihah..

s.i.f.a.r said...

Subhanallah,

life is such an unpredictable thing.

*gorjesmum* said...

fynnaz:

kan fin..ila takleh tahan sebak bila jumpa dia..tp dia mmg tabah fin terima ni sume..i cant imagine if i were at her place..

*gorjesmum* said...

che 'puan idot:

true babe..just imagine if it happen to us..

zarin said...

sedihnya..moga ur fren tabah menghadapi dugaan ini dan moga bahagia hingga ke akhir hayat

Lady of Leisure said...

sedihnya..
berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..

SyahNas80 @ Nana said...

sedey :( al-fatihah buat ibubapa iz... semoga roh ditempatkan dengan orang yang beriman...

semua kejadian ada hikmahnya...

*gorjesmum* said...

zarin:

tu la babe,kita sama2 doa k..

*gorjesmum* said...

lady:

betul tu kita tak tau ape yg dia rasa kan..smoga dia tabah

*gorjesmum* said...

anas:

mmg sedih nas..

Ibu kami said...

ya Allah, sedihnya... berita gembira bertukar duka dlm sekelip mata.. alfatihah..

*gorjesmum* said...

ibu kami:

kan lina..sekelip mata je..itu giliran dia..giliran kita tak tau bila,hanya tuhan je yang tau..

Related Posts with Thumbnails