Friday, December 31, 2010

Tahun Baru 2011...Selamat Datang..

Hepi new year 2011!!!
Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Saya berazam untuk meningkatkan amalan saya terhadap -NYA..
Saya berazam untuk menjadi anak, isteri, ibu yang mampu memberikan apa yang termampu..
Saya berazam untuk menjadi sahabat kepada sahabat-sahabat..
Insayallah...Amin...






Selit sikit gambar mama...


19 weeks oredi :)
Nampak kan perut mama yang comelest tu haha..!
hubby kata kalau tak pegang perut sure tak nampak...haihhh
Mama dah boleh rasa baby tendang n gerak-gerak..goli den!
Hari tu masa final bola msia vs indon, baby pon main bola agaknye kt dalam..orang dah menang pon dia main sampai pagi tauuu....
:)

Bye darlingggsss...have a great weekend!!!

Sunday, December 26, 2010

When he's away....

Today genap sebulan dah i tak jumpa dia..waaaaaaaaa...lagi 2 bulan nak jumpa...Tipu la kalau i asyik kata i'm okay, i dah biasa n etc... i'm just an imperfect human yang kadang2 hati ni mudah rapuh tiba-tiba..bayangkan la kita sendiri kat sini (walaupun my mum dekat) still..tak sama kan kalo husband sendiri ada kat sisi..

Today, i'm a bit jiwang (bukan today je kot?)...so i look back at our albums..owh how i miss the time saat2 we're togehter pegi jalan2 and makan..but bukan itu yang penting, yang paling penting is the moments yang we spend together..i ni pulak jenis yang ingat sume, bila pegi, pakai baju ape time, n etc..hahaha typical me..

So , hubby... i miss u sooooooo much..come back n hugg me puhhhlissssssssssssssss!!!!




Friday, December 24, 2010

Seriously..i'm back to rawk my blog..

Yes i am..





Ive decided not to privatised my blog for the time being...Lotsa people that i love out there told me not to do so..What for they said??Let HER/HIM read your blog..let them be the anon who leaves the nasty and negative comments..at first, i dont mind if the "anon" is somebody that i dont even know coz i dont care..but happen to be this "anon" i s my own friend..ok enuff said.I dont want to be a loser to some kind of losers..





So here i am..blogging again..but this time more about my pregnancy journey i guess.. ;)



ma nu look

I'm 18 weeks old mama!! 22 weeks to go..

:)

mama need to go shopping..all new for u baby..have too!! just for u..

Wednesday, December 22, 2010

Dekat sebulan...

Dekat sebulan dah tak update blog..

Dekat sebulan dah merajuk dengan blog..

Dekat sebulan mood tak datang-datang..

Dekat sebulan tak membebel kat sini...

Dekat sebulan dah semuanyeeee......






Erghhhhhhhhhhhh...need to make a decision!!

Tuesday, November 30, 2010

Need your help...

I'm going to privatised my blog.....


but i dont know how...pleaseee teach me how to....


Ada sape2 still want to read my blog ke..just leave ur email address kay...ada ke hehehe?

Monday, November 29, 2010

mood nak berblogging terus hancurr...

Reason yang tak boleh diterima..menyakitkan hati..meluka kan hati.
























goodbye!! until further notice..

Thursday, November 11, 2010

My "mood" is back..

Yes darling...my mood is coming back..i've been missing my mood for about 3 months and it really hurts...

I'm still waiting........................


















p/s: Neesa darling good luck for ur final exam...muashsssss!!

Thursday, November 4, 2010

Mengubati mulut celupar..

Came across this article and would love to share it with others...

Kadang-kadang kita tak sedar ape yang keluar dari mulut kita bisa membuat orang lain berkecil hati atau tidak suka..Izinkan saya berkongsi article ini..Moga dapat memberi kita iktibar dan pengajaran..


Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza�iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, �Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.�

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, �Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, �Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah �subhanallah wa bihamdihi� dan �subhanallah hil azim�.� Kedua-dua kalimat ini membawa maksud �Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya� dan �Maha suci Allah yang Maha Besar.� Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca �subhanallah wabihamdihi� 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, �Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.� Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, �Astaghfirullahazim� disertakan �perasaan menyesal� di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?


Renung-renungkan lah...InsyaAllah :)




article googled

Wednesday, November 3, 2010

Looking forward...

...yep i'm looking forward for next week..not sure the exact date n day yet but still, i'm very excited..he's coming backkkkkk...though only for 2 weeks :( but im gonna make sure i spend every single second with him n kids...

..looking forward to celebrate Raya Haji at Kelantan (tak banjir ke time tu hubby?) and most importantly, looking forward for our next trip........SAWADHEEE KAAAA!!!





Okay takmo la excited sangat..buat relax2 je..buat2 cool je...ngeeeeeeeeeeeee boink... boink... boink!!!...

Friday, October 29, 2010

Mama yang tak sabar...

Minggu depan sekolah Neesa ada buat concert.. And of coz orang yang paling excited is...































MAMA dia la..hak hak hak... yes i know...poyo kan? Come on, this is her first concert tau..Last year takde concert when we were at Manjung, remember?Yang i story bout the school tu?...ok forget it..

Every day bila Neesa balik dari skul, mama will ask the same question over and over again...what question would it be??? hint : poyo........


















Ofcoz la mama tanye ape yang Neesa buat for concert, what song will she sing, what costume will she wear on that day, what color is the costume...haahhahahahhhhhhhhaaaa!!! i know... i'm very excited +tak sabar + poyo kan...erghhhhhhhhhhh i cant help it lahhhh!!!

i even asked her to practise in front of me tau....and memula tu dia excited jugak to show me...later on, bila dah selalu sangat mama nye tanye...Dia jawap ape...u all nak tau tak??











"mama ni asek tanye je...nanti mama tengok la kakak kat atas stage"

kekekekkeke....oppsssssss sori darl...ur mama is olwiz like this..sangat mahu tau!!!hahaha










p/s am i the only poyo mother doing this or this is normal??huhuhuuu......

Friday, October 22, 2010

Dear Lil' Ones..

Mama still bleeding..on and off. Mama risau sangat, so mama pegi check lagi semalam..Doc scan u yesterday..Alhamdulillah doc said u are doing just fine..u are now 9 weeks dear..i can see ur heart beating..u are so cute dear..i showed the scan picture to ur sisters and they are so excited and kiss u so many times.. Mama is smiling with tears when mama sees u..Mama really hope u will stay strong with mama k dear...Owwh not to forget, your ayah is praying for u n mama too from far... :)

Thursday, October 14, 2010

Kau apehal mabuk-mabuk nii??

ERRR....sukahati la nak mabuk..... bukan mabuk benda haram tuuuu...mabuk buatan orang wok!

Tu yang tak ber-update blog ni...mabuk nye pasal...Cepatla abes 3 month ni..hopefully 3 month je morn sickness ni..tak larat duhhh!!

Kalo u all mabuk makan ape yer...ni my last option,makan asam sikit2..though i tau asam not good..tapi tu je i leh telan setakat ni untuk tekak i tak loya...ampun baby...mama makan asam sikit je....

Thursday, October 7, 2010

Semangat seorang kakak..

Last few days, i was not feeling very well..i had some bleeding or more or less some stains that scared me..phobia i! But not to worry, doc gave me Duphaston (ubat kuatkan rahim)..and dia suruh i rehat banyak2..baring je, nak gerak untuk ke toilet je...pffftt..boleh ke??

InsyaAllah i harap sangat takde ape2 buruk berlaku..i hope baby stay strong with mama...coz ur kakak is very excited to see u, they are as excited as mama..

One evening, masa mama tengah rehat dan baring, datang la kakak Neesa mengurut2 kaki mama..terharu mama..Then dia cakap nak kiss perut mama, dia pun selak baju mama..

Then suddenly, kakak cakap.. "mama, kejap yer..kakak nak tengok kat pusat mama"

Mama said .. "why?"

Then kakak answered....


































"Mama..kakak can see baby punya telinga..kakak nampak la..alolololo...."



Semangatnye kakak!!

Friday, October 1, 2010

Homaigot!!

Oh my God...Oh my God...Oh Em Gee























I cant stop eating...waaaaaaaaaaa
Kalau tak rasa macam nak muntah..
Seriously...
Eat eat eat eat until i drop...until i bURPPPPP!!

Thursday, September 30, 2010

Ragam Anak Kecil..

Bila sebut pasal meragam ni..banyak macam ragam kan..yang i nak cakcap ni pasal meragam nak dapat adik..mesti u all penah dengar istilah ni kan? Alah, orang tua-tua selalu cakap camni kalau anak kita meragam semacam tu alamat nye nak dapat adik baru la :)..

My daughter Nana, memang asek meragam je..dari sebelum i tau i preggy lagi, dia macamtu.Until my grandmother cakap kat i "Ada apa-apa ke?Ni meragam macam nak ada adik ni.."...Masa tu i blom tau kan so i cakap tak de lah kat nenek i tu..

Tup-tup, lepas beberapa hari i buat self-check at home..memang sah i preggy..teringat balik kata-kata nenek i tu sambil tersengih :D

Memang betul la kot kata orang tua-tua tu..Ya Allah, memang tak menang tangan di buatnya nak kawal budak meragam ni..mana nak kawal emosi kita lagi, nak kawal hormon kita lagi..erkkk...pengsan dibuatnya..

Yang tak tahan tu bab melalak-tak-ingat-macam-kena-pukul tu..aduiii la, bingit nye telinga ni..Rasa macam nak pasang ear plug pon ada..Dia punya meragam memang lain dari biasa..Nak melekat je, dah la kita takleh nak dukung dia. Bila dipujuk bukan nye senang..ber jam-jam baru jalan..Lagi satu hal kalo gaduh adik-beradik (bukan ramai pon 2 orang je) itupun macam dah doblas anak aku kat umah!! Memang mengucap panjang je mama ni ..Dengan kasih sayang kurang (suami jauh), memang jiwa sungguh la mama kat umah..ngeh ngeh ngeh..

Kadang-kadang hilang gak sabar, dia macam nak menguji kesabaran kita..dia punya nakal lain macam..macam sengaja di buat-buat sebab nak tengok mama jadi singa..Subhanallah anak-anak ku, tolong lahhhh...

Kalau ayah ada kan best?boleh tolong handle anak-anak while mama baring je atas katil menghirup udara segar sambil menghabiskan buku Mini Shopaholic yang asek tertangguh je..takde masa dek non.....haihhh!!

Bukan mahu mengeluh, bukan mahu meminta simpati..hanya berkongsi cerita di kala boring melanda...I'm sure ramai jugak yang ada pengalaman camni kan..errr yang bab meragam tuuu...



Memperkenalkan..ratu meragam tahun 2010..:p


Maintain jugak time meragam..klip rambut n handbag tetapppp!!


After about 45mins...fuhhhh lega mak!





till then dadadaaa....

Wednesday, September 29, 2010

Semenjak dua tiga menjak..

I makan banyak sangat..serious punya banyak..tak penah i tengok i macam ni hehehe...Dulu pon preggy jugak tapi takde la makan sampai macam ni..Asek lapar memanjang.Kalau ikut hubby i, dia cakap bagusla, makan banyak2 lagi dia suka..I pon suka jugak sebab memang i nak berat badan i naik..tapi tengok gaya camni cara i makan bukan setakat naik ni...buleh jadi belon ni har har har..

Tapi takpe, mama akan makan selagi boleh untuk baby mama :)

Owh one more thing, kalau you all nak tau, i ni penakot makan ubat..heeeeeeee especially yang tablet besar2 tu...ya ampunnn memang la ber-jiwa sungguh nak makan..Kalau i sakit pon i makan ubat yang paling kecik je, yang besar2 tu faham-faham sendiri la y e..i rela biarkan sakit i tu hilang dengan sendiri nya (amaran :dont do this at home!) ... :D ... But bila preggy ni special case sikit, automatic segala ubat daku boleh telan....all becoz u darling!

Nasib baik my children tak ikut jejak langkah mama dia..My girls sume makan ubat macam makan aiskrim...sebab mama train supaya anak2 mama tak takut makan ubat...ke sebab ikut ayah dia yang berani makan ubat??hahaha ape-ape lah..Kena jab pon dorang sikit pon tak nanges..memang berani tahap PHD dorang ni..mama tengok jarum boleh pengsan tau..specialist doc yang selalu i bawak budak2 ni gi jumpa pon olwiz puji dorang..kembang idung mama jap... (okay enough of puji-ing my childrens...kang ada yang menyampah)..

Pagi ni bangun makan bihun sup..bekpas bihun sup tau..sedapnye tapi sekarang dah lapar balik..baru sejam yang lepas makan..huhuhu..







eh nak bagitau sikit ni...maapla yer ..i rasa lepas ni banyak entry i pasal perjalanan pregnancy..ada yang tak suka, ada yang suka...i blog about what i think i shud write n it comes from my heart :)




till then dadada......

Tuesday, September 28, 2010

Pstttttttt...nak cerita sikit..meh la dengaq..

Hari ni my 5th weeks of pregnancy, well ya, its still early but its the normal feeling i guess untuk ibu-ibu..i memang suka kira weeks, sometime berkali kira kat calendar tu my due date haha..masa 1st n 2nd pregnancy pon gitu..same je..so this is normal for me..i am one excited mother yang mahu menikmati setiap detik pregnancy ni..

As for my 1st and 2nd pregnancy, memang i ada mabuk..biasa la mabuk yang muntah2 tu tapi untuk 1st trimester saje..BUT i tak tau la you all penah dengar tak mabuk i yang satu ni, sampai 9 bulan i kene hadapi..i tak boleh telan air liur YUP..u heard me..memang time i pregnant tu automatik air liur tu tak boleh telan..either i have to eat something such as sweets or ape2 lah untuk mengelakkan dari air liur i bertakung..if not i perlukan plastic bag untuk i ludah..

Susah nye kalau nak berjalan ke mall, kalau tetiba takde stok sweets dalam handbag..hah bertakung la air liur dalam mulut, menggagau cari toilet..takkan i nak bimbit plastic bag kan dalam mall euwww plastic bag air liur haha!! Plus, takkan setiap masa i nak kemam sweets je..rosak la gigi kan?

Kalau ikutkan, my mother kata i ikut dia..coz masa dia preggy kan me n my sister dulu, sebijik macam i, tak boleh telan air liur..tapi masa preggy kan my brother ok je.. i pon tak ingat start week berapa i tak boleh telan ni..kalo tak silap i once dapat tau preggy terus automatik benda ni jadi..ni belom ada mabuk ape lagi, air liur pon berjalan seperti biasa..hehehe..kalo mengikut kaedah mother i 'boy ler tu agaknye" kata nyeee...tapi still early kan..ape ape pun i terima je ape Allah nak bagi either boy or girl..

My daughters pulak sangat excited..everytime nak selak baju and kiss my tummy..so cute!! I ada history miscarriage, masa Nana 11th month i di sahkan mengandung lagi..Tapi masa minggu ke 10 i bleeding sikit, pegi doctor, dia scan tapi dia bagi balik and suruh rehat je..tak bagi ubat ape pon..Then a week after that, i bleeding lagi but this time bleeding yang non stop macam kencing..seriously..takut giler time tu..Terus husband i bawak gi hospital n memang doc sahkan i gugur..and seriously, the DNC sangat-sangat sakit (i di bius separa sedar) and i still can remember every bits of it..Uish tak sanggup nak ingat dah..Tiada rezeki kami di situ, kami redha..

Now, after 3 years..i am ready again..to feel the journey that every woman dream of..i harap sangat kali ni semuanya berjalan dengan lancar..Doa-doakan kesihatan i sepanjang journey ni..






Pregnancy History:

1.Neesa Natasha bt. Mahmood : 11th October 2005 (born on the week of 37)
2.Nyla Qashreena bt. Mahmood : 9th April 2007 (born on the week of 37)
3. Miscarriage at the week of 11
4._____________ b. / bt Mahmood : _______________________ InsyaAllah






p/s: ada orang tak reti kira pregnancy ni kot..dia kata my 1st born tu macam tak cukup bulan kalo di kira dari my date of nikah. memang giler kalo asek dengar kata orang..faham tak ape erti bunting pelamin??!!memang la mulut orang ni tak boleh ditutup..sampai ke situ pemikiran dia, takde ke benda lain dia nak kira??Jadi doctor la kalau teringin sangat nak kira betul2.ni kira ngan jari kot tu yg boleh cakap macamtu..What did she/he meant by that i tak tau la..ingat sikit fitnah tu lagi besar dosanya dari berzina..tanggung sendiri lah..Anak2 saya suci murni tu je saya nak bagitau..tak perlu saya tegakkan kebenaran biarlah Allah s.w.t, saya dan suami tau kami di pihak yang benar...tapi i redha, selalu orang akan kata "biar tuhan balas perbuatan dia" ...tapi i suka sangat bila one of my good fren..a very good one indeed..she told me, jgn cakap macamtu.."biar Allah bukakan hati dia untuk jadi orang yang lebih baik"...Amin ku doakan untuk orang tu.....(sori terluah perasaan sikit)

Wednesday, September 22, 2010

Momma trying to write here...

I can hear the children laughing in the other room.
My two adorable girls..

They are happy voices and
I struggle not to think about the MESS they're making.

How technical this
homemaking can be, if I let it.
Cleaning, straigtening, laundry, cooking.
Everything must be just so.

But the moment i know i'm expecting, all those things seems to be all right,
I am a mother, this is what i am..
My lifetime job and i'm enjoying every second of it..

If I must struggle to remember something,
let it be what is right..everythings seems to be all right..

Monday, September 20, 2010

I'll let this picture do the talking....

















Still early..but i thank god for the "gift" ALHAMDULILLAH..syukur.. :)
Dear Allah, thank you..thank you so much..

Tuesday, September 14, 2010

Entry WAJIB tiap-tiap tahun..

..Entry RAYA...

...Raya Aidilfitri year 2010..Tahun ni disambut dengan penuh kesederhanaan tapi meriah, walaupun my other half tak dapat beraya bersama..still, raya tetap raya..

And, walaupun sedih, i dapat menahan sebak depan my kids n family..taktahu la kekuatan tiba-tiba datang menemani i..Allah mendengar rintihan hati i supaya i dapat menempuhi segala nya dengan tabah..

Jika nak dibandingkan situasi i dengan kes bunuh Sosilawati n the others, i rasa keluarga mangsa lebih lagi kesedihan nya..Al-fatihah buat semua mangsa, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Semoga penjenayah yang kejam diberi hukuman yang setimpal..

Tidak banyak yang boleh dikongsi disini, hanya beberapa gambar di pagi raya bagi mengubat kerinduan my other half ...

Belum terlambat i nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir dan Batin :)



My girls



My cheeky lil girls



Me n kids...without him :(



With my mama




My family


With papa n my sisters

















Last but not least


















A picture with him on pagi raya though we are far apart


Malaysia vs Turkmenistan




Bersalaman tru webcam...nice :)






Thursday, September 9, 2010

I'm hurt...

really really hurt..........

Only Allah knows why....

Why do you have to do this to me...I never hurt ur feeling...

You make me cry terribly 2 days before Eidulfitri...thank you so much..and i dunno how to react when i see u..now i understand how that "someone" feel all this while...u are strong girl (u know who u are)...just, keep it this way..Allah knows everything...

Wednesday, September 1, 2010

Membebel tak hengat..

Salam gorjesss...

Lama sangat i tak update blog..been very busy..not busy actually but tak sihat sepenuhnya..

Owh before i terlupa, i ada satu ucapan kat sini :

THANKS ZILLIONS to all frens and families and my gorjes bloggers frens for the prayers, love and support, sms n emails and etc..i am now in the pink of health alhamdulillah..Sorry to those yang i tak sempat nak reply sms or komen kat fb..so sori...but i appreciate sangat u all..seriously!! Not to forget to my husband yang balik emergency all the way from Turkmenistan..thank u thank u..i lap u :D

ok back to the topic..(macam tak kene je topic tu hahaha..AAK??!!)

My dotters sangat-sangat pandai menyentuh hati i..especially yang kecik tu..shes only 3 yo but sangat-sangat bijak bercakap..Sometimes sampai i pun buleh terkujat dengan kata-kata dia..

Antaranya:

Nana: mama, adek rindu ayah (with her sad face), adik sayang baju ayah (baju busuk ayah, i olwiz keep his last baju he wore before he went offshore)..adik nak pegi offshore, ayah kata boleh pegi (masa ni i geram kat ayah dia, budak ni mane boleh ditipu)..

Neesa: (early morning she wakes up sambil nanges) mama...kakak rindu ayah ... (owh baby, mama too)

Nana: mama..bila mama nak kuar baby nii...mama panggil adik Kakak Nana ok...(me smiling)

Neesa: Mama, kenapa ayah tak keja kat sini..kenapa ayah keje offshore..kakak suka ayah keje kat sini kat umah... (how i wish sayang)

Nana: Kenapa bila baby-baby dia kene isap tuuuttt mama? (erkkkk!!)

Neesa: mama, bila october..lama nye nak october...(she olwiz remember ape yang ayah bagitau dia..october = ayah balik..but now change to november pulak..)


Heh heh hee...Tu sikit je, i tak dapat nak recall yang lain2 tu..sometimes they just can simply makes me cry..me being a bit emotional when my kids talk about their ayah..:( biasa la manusia..

My raya this year wont be the same like few years back..I akan beraya bersama anak-anak n family..my husband tak dapat balik raya..to be honest, i takde rasa langsung mood nak beraya.Persiapan raya pon untuk anak2 je..i nak dorang hepi though the father takde masa raya nanti...Dalam pada takde mood tu, sempat jugak jahit langsir baru and pasang lampu kelip2 kat luar rumah...haihhh...tu pon nak bagi anak2 hepi :p

Owh btw, I rasa bersyukur sangat sebab dapat berbuka ngan my husband for a week, which i thot i wont get the chance to break fast with him this year.Mungkin ada hikmah i sakit tu, atleast i boleh berbuka dengan dia..alhamdulillah..Ramai jugak kan yang tak dapat beraya bersama suami, nasihat i sabarlah, tabahkan hati..kita sekapal don wori :) u r not alone..and i'm not the only one with this situation..so come on to myself..cheer up!!

I cant wait for November..yeap..kamonz time, please move faster...





thats all peeps for now...salam ramadhan..not too late to wish right?better late than never :D luvyahhh guys...





Thursday, August 19, 2010

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan..

Ya Allah, lindungilah hambamu ini..Andai ini ujian darimu di bulan Ramadhan ini, aku redha..
Kau berikan lah aku kekuatan agar dapat menempuhi nya dengan tabah..
Kau berikanlah aku kesihatan agar aku dapat meneruskan kehidupan ku sebagai isteri, ibu..Anak-anakku terlalu kecil untuk memahami..Tak sanggup melihat mereka menaangis memanggil aku..Seandainya ini adalah ujian mu Ya Allah, aku terima..

Aku amat memerlukan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan di kala suami tiada di sisi..Terima kasih semua yang tak putus-putus berdoa dan memberi sokongan kepadaku..

Setelah demam tidak kebah, doctor suspek aku H1n1..Aku kini menerima rawatan di hospital..

Ya A llah ko makbulkan la doaku ini...Amin

Saturday, August 7, 2010

Kenapa bila suami pergi kerja, emosi saya jadi tak tentu..

Mungkin ramai/segelintir tidak dapat rasa macam ni..tapi saya selalu rasa benda ni setiap kali suami pergi kerja.Bukan kerja yang 9-5 tu yer..pagi pergi petang sudah balik..bukan bukan..mahu saya kene hempuk kalo gitu kekdah nya tee hee.. Yang dimaksudkan apabila suami pergi berjuang selama beberapa bulan, ke negara yang jauh dari pandangan mata, tapi dekat bila tengok di peta :D.

Tipu lah kalo saya tidak terasa..Hantar saja dia ke airport pun hati saya sudah gundah gulana..Boleh lagi di kontrol airmata saya bila dia ada lagi di sisi..Tapi bila dia sudah turun ke eskelator..hah bergenang sudah..Tipu jugak kalo saya kata saya tak sedih..hape ingat saya tiada perasaan?Isteri yang ditinggal kan suami selama 3 bulan sekurang-kurangnya untuk mencari sesuap dua nasi..hurmmm ;(

Kali ini saya memang agak sedih lebih sedikit kerana ramadhan dan syawal saya hanya bersama anak-anak dan keluarga..mujur keluarga ada di sisi. Suami tidak dapat pulang berhari raya..bayangkan selama 5 tahun berkahwin, ini baru kali pertama saya tidak sambut dengan nya..aduhh terasa sungguh hati ni..Tapi saya sering ingatkan diri saya, apa lah sangat perasaan saya ni jika di bandingkan dengan suami yang jauh di lautan hanya ada teman-teman saja :(

Saya harap surat cinta yang saya selitkan di organizer nya menjadi teman nya di kala sunyi..

Itulah jawapan kenapa emosi saya tak tentu di kala suami pergi kerja..tapi tidak lah setiap hari, kadang-kadang harus saya ceriakan diri saya sendiri demi anak-anak..kalau mama sedih sentiasa, kesian anak-anak mama..jom shopping!!oppss tiba-tiba :p







Sekadar coretan di pagi sabtu yang sangat boring..tidak tahu mahu buat ape selain mengemas :p


akan ke Bandung Isnin ni tapi bagasi belum di kemas..emosi belom bersedia *sigh*

Thursday, August 5, 2010

I dont like it when..

..i dont have the idea to update my blog :(

..people talk behind my back :( ....(how do i know?dont ask :p)

..my other half went offshore for a long time ;(

..i have a backstabber fren.. :(

..i donna what to say now :(


Thats all for now i guess..will be updating once the idea pop up..huhu :(

Monday, July 26, 2010

Gadis bersama ular..

Euwwwwwwwww...sounds geli tak..thats the reality.Ada this lady sanggup duduk dengan ular untuk berapa lama ntah i pun tak ingat..Ada masuk berita and paper tak silap i..Dia buat ni kat Kelantan, so kebetulan i balik kampung last week, i pun amek kesempatan nak pegi tengok dia..Punya la meremang bulu roma i..i memang geli ngan spesis2 menjalar ni.Respect giler i dengan this lady..Macamane la dia boleh hidup dalam bilik kaca tu with all the snakes..euwwwww...selamba je muka dia!!
Enjoy the pics :)


Ramai nye tengok...

Hah..tengok betapa selamba nye minah ni :D



Euwwwwwwwwww...king cobra!!!



The show di buat dekat muzium Negeri Kelantan, so we all pon amek kesempatan pusing2 dalam tu..not so much yang boleh di share kan coz mostly that day is all about snakes..You all bayangkan kiri kanan ular jeee...percaya tak sambil jalan i jeling-jeling kat bawah , atas sebab takut ada ular terlepas....ekekekkeke :p


Nana amek gambar dengan wayang kulit..one of the famous 'thing' in Kelantan..





My doters kusyuk membaca asal usul 'wau bule'...hahahhaha tengok gambau je la!!



Okaylah...tu je cerita hari ni...ada a few interesting cerita gak but tunggu i free baru update yer..
Da da da gorjessss....



Thursday, July 15, 2010

Sex and the city 2..


Semalam ai call u..u tak answer..eh eh silap :p


Semalam i ada dating dengan encik husband..actually i nak sangat tengok Eclispe...TAPIII dia taknak tengok citer tu. .hampa betul i :( So we decide to watch Sex and the city 2.


Overall, cite ni best..sangat sesuwai dengan jiwa i..*tetiba*..eh tapi dia banyak ajar tentang life and marriage..so ok what. I tak penah tengok series ni or movie dia before this, so i rasa am gonna be SATC fan after this..So funny ok this 4 womens..i rasa character paling sesuai dengan i adalah ..alamak whats her name eh yang dah ada anak tu..and the nanny is HAWT i tell u...Giler takde sensored cite ni ha ha ha...


Owh one more thing boleh tak masa i beratur beli tiket, cashier tu boleh cakap kat i, bila i cakap nak 2 tiket for SATC movie.."ini film untuk 18 tahun ke atas yer dik" ...WHATTTT??...i pun jawab " ye lahhh 18 tahun ke atas ler ni!!!...pftttt... ingat aku budak sekolah ke hape?that is not a compliment for me :p


Kesimpulannya, i suka lah muvee ni..tak rugi i tengok semalam...kalo pegi ngan girlfrens lagi best... :)


Sex and the city 2 movie -> 3.5/5 stars










pics googled...but whats with the yellow errors..erkkkk..kata google mak amek je mane ada ha ha!!

owh owh lupa gtau...lepas muvee gi makan lepas tu terjumpa org jual dvd...ada citer dvd citer Eclipse tauuu...pe lagi cetak rompak ke mak fedulikkk!!!puas ati..mlm ni nak tengok ngehhhhh!!

Monday, July 12, 2010

Majlis Kesyukuran Qisya Amani..

Last Sunday, ada majlis kesyukuran dan cukur jambul Qisya Amani..my hubby's newborn niece.. Majlis yang sangat simple but lovely..I am volunteering myself to decorate the cradle..first time tau :p..tengok la hasilnya ..ngehhhhh.........











Before decorating it...(cradle lama)

Separuh siap :)



Completed..ditambah manis bila princess of the day beradu di dalam nya




Majlis bermula ..




Biscuits with princess name on it..nak order??pm me :)




Cukur jambul..aunty wan pun amek kesempatan cukur jambul dia






Last but not least picture with da princess..chomelll!!!muahsss

Thursday, July 8, 2010

3 wishes..

Actually benda ni jadi dalam last week..masa my husband baru je balik dari offshore..Sangat kelakar okay..My dotter Neesa tetiba ada 3 wishes...kita tengok dulu ape dia mintak..she's my girl :p.....








1st wish..


1. Nak bibik




2nd wish..



2. Nak Baby boy








3rd wish
3. Nak Abang (Big brother)






AWESOME!!!!!


Well..well...tiada sape ajar dia cakap sedemikian rupa..ngeh ngeh ngeh...



Owh one more thing..Ayah dia tanye kenapa nak yang no 1 tu (bibik)..Neesa jawap "ye la, kesian mama nak masak, buat keje..biarla bibik buat"...well done my dear well done :p

Saturday, July 3, 2010

Weekend at Kota baru ..

Weekend kali ni kitorang balik KB..lama rasa nye tak balik kampung..nyaman sunggoh..Semua acara wajib bila balik KB sempat di lakukan walaupun dalam masa yang singkat..ngeh ngeh ngeh..

I takmo citer banyak coz rasanye entry sebelum ni ada dah citer pasal balik kampung..ape yang i nak citer is keletah my doter Nana..

Kitorang pegi umah sedara belah hubby tadi..Kat perkarangan umah tu ada banyak binatang peliharaan..and of coz banyak juga la sisa-sia pembuangan binatang di situ..euwwww..

Well, being a 3 years old kiddo..shes being honest la ..kekdah nyeee..


She said .........." banyak nye taikk lalat kat sini"


Kesimpulannye..kat situ tiada tahi lalat ..................................









but ada TAHI DAN LALAT!!!! ok faham tak?? dia nampak taikk pastu nampak lalat banyak..makanya jadi lah tahi lalat..ooo disini rupanya asal nama tahi lalat..baru ku tahu..muahahhahahahahhahaha :p

Tuesday, June 29, 2010

Well done...darling!!

Yesterday is the day..the day that mama's been waiting for..cewahhh..Macam ler anak amek SPM eekekke...Shes only 5yo..Semalam i pegi amek report card Neesa..Dup dap dup dap jugak dada i..taktau ape yang teachers akan comment about Neesa..

Ini dia orang nya....


Sampai je school Neesa, terus jumpa class teacher dia...Alhamdulillah, everythings fine and ok..Komentar dari teacher semua yang menyejukkan perut mama mengandung :D..then goes the results for her exams...

The exams paper...(perlu ke tunjuk?) ngeh..


The results : Maths 96, BM 100, English 100 and Science 100..
Well done bebeh..i'm proud of you.



The comments from her class teacher..


TAPI yang paling penting sekali,bila teacher bagitau mama.."Shes number 1 in the class..her percentage is 99% "
OMG..now mama rasa sebak..n happy too :)
Alhamdulillah..hopefully sampai bila2 Neesa..mama doakan anak mama berjaya di dunia dan akhirat..Amin


Monday, June 28, 2010

Weekend yang padat..

Weekend ni sangat la seronok coz my other half dah balik...belum sempat dia hilang penat, my dotters dok ajak-ajak gi tengok Toy story 3..Malam tu jugak we all pegi tengok kat klcc..Sangat seronok hokayyy citer tuu..best gilerrr...gi tengokk cepat..err err i yang lambat sebenarnye kan..uol dah tengok kan kan? hehehe..

Saturday tu pegi tengok Pets Show kat midvalley..manyak dog di sini sana..nak jalan pun berhati hati ekekkeke...ada yang besar punyaaaaa anjing macam lion kekdah nye..siyes tak tipu..tapi tak amek plak gambar..caittt lupa kekdah nye..

Then on sunday kitorang pegi wedding kat Shah Alam..it was a lovely wedding..i terpesona dengan keindahan wedding dia.. (ayat tak bley blah :p)..but seriously memang cantek..

I dah beli kain raya woot woot...tinggal nak tempah jek..theme untuk tahun ni encik suami yang tetapkan sebab dia dah beli baju melayu awal-awal..ceh! tapi sib baik lawa gak kaler nye ngehhhhh....

Itu cerita weekend secara rambang..secara ekslusif akan disiarkan kemudian :D

till then...tut tut...

Thursday, June 24, 2010

Ai nervous uuu..

...Next week ada teacher-parents meeting nak amek report card Neesa...Ai neves sangat..rasa tak sabar nak jumpa nak dengar comment teacher sume..

..I tanye Neesa masa dia exam haritu, boleh buat ke tak..jawapan standard dia 'bolehhh'...adehh!!

..Pastu tadi dia cakap ngan i.."mama ,teacher kata kakak dapat A exam"..ye ke dak ni Neesa..wait n see haaa...

Owh lagi satu cerita, dia banyak kali ajak i pegi tengok Toy Story 3..hari-hari tanye..so semalam dia tanye lagi..then jawapan standard i ' blom kuar cinema lagiii' ..selalu nya dia angguk je..tapi semalam dia jawap..." tipu, kawan kakak dah tengok kat cinema semalam" ...alemakkkk kantoiii! hahahha... i bukan taknak bawak, tapi nak tunggu father dia balik baru best pegi sama-sama kan..

Boring ek..takde citee sangat..ngeeeeeeee....chow chin chauuu...

Tuesday, June 22, 2010

Back to nature gathering

Last weekend, me n my girlfriends decided to gather again..Baru je haritu gather kat my house, then we decide nak buat lagi but this time outdoor pulak. We had fun together that day, we chit chatting, gossiping, laughing, eating, swimming and etc..Yang ada anak lebih sikit la kerja dia, he he he..here goes the pictures..





The pressie for acara kemuncak

Antara yang paling awal sampai..


I like this picture..my caption dalam fesbuk is 'cahaya keimanan yang turun buat noza n ira'...:D


The junk foods



The foods

Bila masing-masing dah kenyang, anak-anak sibuk paksa mama masing-masing terjun sungai..tak sabar-sabar nak swimming..kata nyer..ok jom jom mandi :)

Awal-awal masuk berdiri je bagi sejuk kaki dulu he he..


Then baru la terlompat sini sana..



Smile...oh anak i dijaga oleh my girlfrens yang bujang ekekekek...


Haa yang mak-mak duk tepi je takmo basah hahaha...



Bila tiba acara kemuncak..time ni la paling best sekali..i dapat parkson voucher from Anum..
Tq darl..its shopping timeee..



Last but not least..................

Photo wajib - All of us (but still ada yang tak dapat datang)
Uitm Arau batch '98- '01
Love you guys..muachhhhssss
Next gathering guys?? :D




Venue : Isi Rimba,Kemensah kl
Theme: red & blue

Sunday, June 20, 2010

Night without you by my side..

..it's just another boring night..time flies, but in my case time moves very slow..tik tok tik tok... its been 2 weeks since he left us..sometimes its hard to say or show how i feel, whats in my kids mind seeing other people with their father around, playing with them... seeing one happy family sitting at the corner of a restaurant eating together while talking to each other..and lots more.

Hard to control my feeling when i'm feeling down, tears comes out easily..it happens but not all the times..though i'm used to it (when he went to offshore for a long time)..but still, the same feeling will come and go..The feeling that hurts me alot when hes not around.. i miss him to cuddle me, to talk to me, to hear my stories..to do lotsa things together as a family and as a husband and wife..

God please give me the strenght, i need to be strong for the sake of my children..its kinda hard when you are all by yourselve to handle everything..gosh its hard..but i know hes doing all this for us.. and i'm doing this for him and kids..i'm not a superwoman but trying to be one, at least in the eyes of my husband and my childrens i am their supermama..(please dont say i'm vain :p)

Sayang..my love for you is very strong and grows each and every day..on this special day, we would like to wish you Happy Fathers Day..thank you for being a wonderful Ayah to Neesa and Nana..you are a very special person and we love you so so much..

Wednesday, June 16, 2010

LV turun harga??!!


Yup you heard me..LV at Malaysia sudah turun harga..tak percaya pegi la sendiri butik n ask..started from 1st June..Thanks Fin for the info..Actually i pelik sebab my frens frens beli the same bag like mine last weekend and she gets cheaper price dari i punya..Butik yang sama!!!i tak puas hati la coz tak sampai sebulan setengah i beli dia turun..cessssssss!!


Lepas siasatan..confirm sume leather handbags turun harga except for jewelleries and shoes..gosh!!


So to bagaholics sume, LV lovers go and check and rembat sementara price tengah turun ni :)
pics googled

Tuesday, June 15, 2010

Posto..posto..

This morning..i dapat parcel from this lovely lady . Memang i tunggu-tunggu parcel ni :) Once dapat terus dengan gelojoh membuka nya hehe..isk isk tak sabar-sabar..Me love accessories so much n her works is so so so cantek and i jatuh chenta hokay!! Tak mampu i nak beli Tiffany's yang agak mahal itu, but dapat yang ni pon i dah ter sangat happy, my dotter pon suka!!



The parcel...

The things inside :)


Tadaaaaa...this is mine..luv it!!



This is Neesa's.....cute giler!!



Nana punya..comel kan..




Nak gak tu amek atas tangan ekekekke..sgt tersembul tulang i..:p





Alahai comel nye tangan dia...tambah lagi ngan gelang itu, double chomel!



Thanks Zarina..luv ur works..u are so creative..how come i lambat tau u are doing this masterpiece..dah lama kan..erkkk if not i'll be ur regular customer tau ;p...hehehhee..
For those yang mahu tengok hasil kerja nya sila lah ke http://bidadaribeadworks.blogspot.com/ ...happy viewing darlingssss.............






Related Posts with Thumbnails